. MyJurnal - Malaysia Citation Centre
      Browse By Title


      Browse By Subject
 
 

      Statistics
  Latest Uploads
  Most Viewed Articles
  Most Downloaded Articles
  Most Viewed Journals

      Articles uploaded in MyJurnal

Administrator Login

Jurnal Bahasa

Home > View Journal
      View Journal

Jurnal Bahasa

OVERVIEW:

Discipline(s) / Subdiscipline(s):

     1. Arts & Humanities
         - Languages & linguistics

Print ISSN: 1511-9084
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Publication type: Print
Publication frequency: 2 time(s) per year
Journal Website: http://jurnalbahasa.dbp.my/

Contact Info

Editor,
Jurnal Bahasa,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Tel: 603-2148 2254, 603-2148 1011
Fax: 603-2148 4208
E-mel: zaiton6@dbp.gov.my

Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.

Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, entimologi, ejaan, pangkalan data kebangsaan dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, guru bahasa, siswa dan para ilmuwan.

EDITORIAL INFORMATION:

Editorial Board

KETUA LEMBAGA EDITORIAL
  • Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar (Universiti Malaya)

    LEMBAGA EDITORIAL
  • Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • Prof. Dr. T. Fatimah Djajasudarma (Universitas Padjajaran, Indonesia)
  • Prof. Dr. Chun Tai-Hyun (Universiti Hankuk untuk Bahasa Asing, Korea)
  • Prof. Dr. Noriah Mohamed (Universiti Sains Malaysia)
  • Prof. Madya Dr. Rohani Mohd. Yusof (Universiti Malaya, Malaysia)

    SIDANG EDITOR
    Editor Pengurus
  • Azmi Ibrahim (azmi@dbp.gov.my)

    Editor Kanan
  • Mohd. Salahuddin Mohamed (al-fatih@dbp.gov.my)

    Editor
  • Zaiton Darois (zaiton6@dbp.gov.my)

    DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
    Pengerusi Lembaga Pengelola
  • Prof. Dato' Seri Dr. Md Salleh Yaapar

    Ketua Pengarah
  • Datuk Dr. Awang Sariyan

    Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
  • Prof. Dr. Zaharani Ahmad

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
  • Kamarul Zaman Shaharudin

    Pengarah Penerbitan
  • Padilah Haji Ali

  • SUBMISSION GUIDELINES:

    File:

    Hantarkan makalah anda kepada:

    Editor Pengurus
  • Azmi Ibrahim (azmi@dbp.gov.my)

    Editor Jurnal Bahasa
  • Zaiton Darois (zaiton6@dbp.gov.my)

    Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara tentang bahasa Melayu. Makalah akan melalui proses penilaian, dan hanya yang terpilih akan disiarkan. Bidang linguistik yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kajian penutur berbahasa Melayu dari luar lingkungan geografi atau kawasan yang menggunakan bahasa Melayu juga digalakkan.

    FORMAT JURNAL BAHASA

    Maklumat Penyumbang
    • Judul.
    • Nama penuh penyumbang.
    • Alamat penyumbang.
    • Maklumat institusi.
    • E-mel untuk dihubungi
    Teks
    • Makalah yang dihantar dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
    • Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-8000 patah perkataan termasuk abstrak, nota hujung, rujukan, lampiran, dan bibliografi.
    • Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
    • Teks makalah menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau 2.
    • Inden setiap perenggan dengan tab.
    • Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum).
    • Bagi makalah yang dihantar menerusi e-mel dan mengandungi simbol fonetik atau ejaan yang dikhuatiri tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan PDFnya.
    Abstrak
    • Jumlah perkataan adalah antara 100 – 150 patah perkataan.
    • Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
    • Abstrak mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.
    Kata Kunci
    • Tidak lebih daripada 10 patah perkataan
    Nota
    • Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota hujung.
    • Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.
    Rujukan
    • Susunan mengikut Gaya Dewan.
    • Rujukan daripada bahan atau sumber rujukan luar negara diutamakan.
    Rujukan dalam Teks
    • Susunan mengikut Gaya Dewan.
    • Letakkan nama penulis diikuti tahun dan halaman dan diletakkan dalam kurungan.
    Hak Cipta
    • Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
    • Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalahnya yang diterbitkan dalam Jurnal Bahasa perlulah dimaklumkan bahawa sumber makalah tersebut daripada jurnal terbitan DBP.

  •   Journal Coverage




      Indexation
    Indexed by MyJurnal (2016)
    H-Index 3
    Immediacy Index 0.000
    Rank 9/18,Q2(Arts & Humanities)

      Other journals
    International Journal of Property Sciences
    JUMMEC
    Journal of Surveying, Construction and Property
    SARJANA
    SEJARAH : Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya
    Jurnal Pengajian Media Malaysia
       

    All rights reserved.
    Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)