View Journal |
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal) |
OVERVIEW:
Discipline(s) / Subdiscipline(s):
1. Social Sciences - Education & educational research
2. Arts & Humanities - Languages & linguistics
Print ISSN: 2180-4842 Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia Publication type: Print Publication frequency: 2 time(s) per year Journal Website: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm
JPBM dibangunkan untuk mengetengah dan membanyakkan hasil penyelidikan para sarjana bidang Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru di Malaysia. JPBM ini dapat menjadi platform kepada ahli akademik untuk menerbitkan artikel-artikel berbentuk penyelidikan dan juga konseptual di laman web JPBM ini. Dengan cara ini, banyak artikel ilmiah yang berkaitan dengan pendidikan Bahasa Melayu dapat diterbitkan secara atas talian sebagai sumber rujukan.
Cara Menghantar Artikel/Manuskrip:
- Artikel yang dihantar perlu mematuhi panduan yang ditetapkan seperti yang terdapat pada bahagian Panduan Penulisan. Artikel yang tidak mematuhi garis panduan penulisan tidak akan diterima.
- Artikel boleh dihantar melalui e-mel ke alamat berikut:
Profesor Dr. Zamri Mahamod
Ketua Editor
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
e-mel: d-zam@ukm.my, zamri5199@gmail.com
Support Contact
Dr. Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Email: munaruzanna@ukm.edu.my
|
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal)
|
 |
EDITORIAL INFORMATION:
Editor-in-Chief
PROF. DR. ZAMRI MAHAMOD, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Editorial Board
Editor
DR. WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sidang Editor
PROF. MADYA DR. ARBAÍE SUJUD, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BADUSAH, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
PROF. MADYA DR. MOHD ISHA AWANG, Kolej Sains dan Sastera, Universiti Utara Malaysia
PROF. MADYA DR. ROHIZANI YAAKUB, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
PROF. MADYA DR. SITI SANIAH ABU BAKAR, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
DR. A. RAHMAN HARON, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
DR. ALIZA ALI, Pusat Kecemerlangan Akademik, Universiti Terbuka Malaysia
DR. ALIZAH LAMBRI, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
DR. CHEW FONG PENG, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia
DR. ELMUSTIAN ABDUL RAHMAN, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau
DR. SAMSUR RIJAL YAHAYA, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
DR. SHAMSUDIN OTHMAN, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
DR. NORHAZLINA HUSIN, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara
DR. NOOR HAYATI CHE MAT, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmus Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penasihat Sidang Editor
PROF. DATO'DR. ABDUL JALIL OTHMAN, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
PROF. DR. ARNDT GRAF, Goethe University Frankfurt, Germany
PROF. DR. ABDULL SUKOR SHAARI, Kolej Sains dan Sastera, Universiti Utara Malaysia
PROF. DR. AUZAR THAHER, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau
PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
PROF. MADYA DR. AZHAR WAHID, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
DR. ROZAIMAN MAKMUM, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam
DR. NOOR IDA RAMLI, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
JPBM ini mengandungi tiga jenis bentuk manuskrip yang boleh ditulis oleh penulis/penyelidik Bahasa Melayu, iaitu seperti berikut:
- Artikel berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu secara penyelidikan.
- Artikel berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu berbentuk kertas konseptual/teori.
- Artikel berkaitan penilaian terhadap sebuah buku ilmiah/akademik pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu.
Panduan Menulis Artikel Berbentuk Penyelidikan
- Semua artikel/manuskrip perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
- Artikel ditulis satu langkau (single spacing) dengan jumlah perkataan di antara 3000 – 5000 patah perkataan sahaja (termasuk rujukan, rajah, jadual, lampiran).
- Artikel hendak ditulis dalam words dengan menggunakan font 11 huruf Cambria (hanya jadual, rajah, lampiran ditulis menggunakan font 10).
- Artikel perlu mengandungi tajuk dan nama penulis termasuk nama penulis bersama beserta dengan alamat lengkap (alamat, e-mel, telefon bimbit, telefon pejabat, faks termasuk penulis bersama).
- Setiap artikel perlu mengandungi Abstrak dalam Bahasa Melayu dan Inggeris termasuk lima kata kunci. Panjang abstrak di antara 250 – 300 patah perkataan sahaja.
- Rujukan bagi setiap artikel tidak lebih daripada 25 rujukan terkini dan ditulis mengikut Gaya American Psychologist Association (APA). Sila rujuk 1 - 2 artikel yang sudah diterbitkan dalam JPBM dalam artikel yang ditulis.
- Mencadangkan dua (2) nama penilai artikel dalam bidang bahasa yang dikaji (nama, alamat penuh, e-mel terkini, nombor telefon, nombor telefon bimbit untuk mudah dihubungi).
Panduan Menulis Artikel Kertas Konsep/Teori
Sidang Editor JPBM juga menerima mana-mana artikel/manuskrip yang ditulis dalam bentuk kertas konsep/teori dengan syarat:
-
Kertas konsep/teori yang ditulis ini perlu membincangkan perkara-perkara berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu sahaja.
- Kertas konsep perlu menampakkan ‘kesarjaanaan’ penulis dalam bidang yang ditulis.
- Perkara yang ditulis itu pula sesuatu yang baru seperti teori baru, pandangan, pendapat, cadangan terkini yang tidak ada dalam kajian pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu dan sebagainya.
- Gaya penulisan artikel manuskrip ini sama seperti yang dicadangkan panduan menulis artikel berbentuk penyelidikan.
Pengantarabangsaan JPBM
Sidang Editor JPBM turut berhasrat untuk mengantarabangsakan JPBM. Oleh kerana pendidikan/pengajian Bahasa Melayu telah tersebar luas di serata dunia, maka sudah tentu ramai pendidik/penyelidik Bahasa Melayu membuat kajian berkaitan pendidikan dan pengajian Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar asing yang mempelajari Bahasa Melayu. Oleh itu, Sidang Editor mengalu-alukan artikel-artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, tetapi membincangkan atau mengkaji pendidikan/pengajian Bahasa Melayu. Syarat-syarat penulisan sama seperti yang terdapat pada Panduan Menulis Artikel Berbentuk Penyelidikan di atas.
Panduan Menulis Artikel Berkaitan Penilaian Buku Ilmiah
Sidang Editor JPBM juga menerima artikel/manuksrip yang menilai sesebuah buku akademik/ ilmiah yang membicarakan perkara-perkara berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu. Buku yang dinilai itu pula boleh berbentuk buku penyelidikan ataupun teori. Syarat menilai sesebuah buku tersebut adalah seperti berikut:
- Perlu masukkan perkara-perkara berikut:
- Buku (scan kulit depan buku yang dinilai)
- Penulis
- Tajuk
- Penerbit
- Tahun diterbitkan
- Tempat diterbitkan
- Bilangan muka surat
- Harga
- ISBN
- Panjang artikel menilai buku ini di antara 1500 – 2000 patah perkataan. Sebaik-baiknya, penulis membicarakan kekuatan dan kelebihan buku yang dinilai serta sumbangan buku ini dalam meningkatkan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu.
- Sila lampirkan nama penulis termasuk alamat lengkap, e-mel, nombor telefon, nombor telefon untuk mudah dihubungi.
Surat Pemberitahuan
- Surat Penerimaan – Sidang Editor akan menghantar secara e-mel kepada penulis bahawa artikel/manuskrip telah diterima.
- Surat Setuju/Ditolak untuk Penerbitan – Sidang Editor akan menghantar surat seecara e-mel kepada penulis sama ada artikel/ manuskrip yang dinilai oleh penilai diterima atau ditolak untuk diterbitkan. Siding Editor berkuasa untuk menerima atau menolak artikel yang telah dinilai setelah mendapatkan pandangan/komen daripada penilai.
- Surat Penerbitan – Sidang Editor akan menghantar surat secara e-mel kepada penulis bahawa artikel yang telah dinilai, dibaiki dan dibuat pembetulan sudah diterbitkan dalam JPBM.
|
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|