Analisis pola kesopanan dalam peristiwa bahasa melunas rindu : aplikasi model Leech (1983) & Grice (1975)
Sara, Beden1, Indirawati Zahid2.
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis pola kesopanan dalam peristiwa bahasa novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan Empat Zon Empat di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini termasuklah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Pola kesopanan berbahasa diperlihatkan oleh pola kombinasi maksim yang terhasil daripada pengklasifikasian terhadap 33 peristiwa dalam Melunas Rindu berdasarkan Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). MPKMU merupakan model yang terbentuk hasil daripada kombinasi dua model kesopanan, iaitu model Leech (1983) dan Grice (1975). Berdasarkan pengklasifikasian, didapati 33 peristiwa bahasa ini dapat dikategorikan dalam enam pola, iaitu Pola 1 (11 peristiwa bahasa), Pola 2 (17 peristiwa bahasa), Pola 3 (satu peristiwa bahasa), Pola 4 (satu peristiwa bahasa), Pola 5 (dua peristiwa bahasa) dan Pola 6 (satu peristiwa bahasa) berlandaskan prinsip hampir sama, ekonomis dan tepat dalam MPKMU. Analisis telah dilakukan atas 11 peristiwa yang diklasifikasikan dalam Pola 1. Dapatan analisis mperlihatkan bahawa 11 peristiwa ini mematuhi prinsip hampir sama yang mencakupi penggunaan jumlah maksim dan dialog yang digunakan. 11 peristiwa bahasa yang diklasifikasikan dalam Pola 1 mematuhi prinsip hampir sama, iaitu dengan kehadiran maksim (i) Persetujuan, (ii) Cara dan (iii) Maksim Persetujuan dan Cara. Dapatan ini juga bervariasi atas faktor konteks. Analisis konteks pula memperlihatkan dua variasi kewujudan konteks , iaitu (i) pascadata dan (ii) pra dan pascadata. Didapati hanya enam peristiwa bahasa dengan konteks yang bersifat signifikan, iaitu pascadata (satu peristiwa bahasa) dan konteks pra dan pascadata (lima peristiwa bahasa) manakala lima peristiwa bahasa dengan konteks pascadata (tiga peristiwa bahasa) dan konteks pra dan pascadata (dua peristiwa bahasa) adalah sebaliknya. Kesimpulannya, dapatan analisis memperlihatkan penyediaan konteks tidak memberikan impak yang tinggi terhadap aspek pola kesopanan berbahasa dalam peristiwa bahasa Melunas Rindu.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 217 time(s))