Pelestarian dan perekayasaan Bahasa Melayu
Nor Hashimah Jalaluddin1.
Penyelidikan bahasa Melayu (BM) telah lama terpahat dalam dunia alam Melayu. Penyelidikan tentang BM telah banyak dijalankan semenjak zaman pra kemerdekaan lagi. Penyelidikan dalam konteks alam Melayu Nusantara bukan sahaja melibatkan orang Inggeris malah juga warga Eropah yang lain seperti Belanda, Italy dan Perancis di samping anak watan sendiri. Dalam konteks negara ini, kajian residen Inggeris seperti Marsden, Winstedt, Wilkinson, Swettenham dan ramai lagi tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu tidak boleh dinafikan lagi. Maka lahirlah buku-buku mengenai tatabahasa dan budaya antropologi sifatnya. Mereka membuktikan bahawa BM mempunyai nilai bermutu tinggi khususnya bahasa kiasan. Perkembangan ilmu yang terpisah- pisah dek pengasingan mengikut bidang khusus seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik telah menenggelamkan Bahasa kiasan sendirian agak lama. Meskipun Asmah (1986), Nor Hashimah (2000), Charteris Black (2000, 2002) pernah menulis mengenai bahasa kiasan ini tetapi sumbangan kepada akal budi Melayu tidak menonjol. Khazanah kiasan ini harus terus dicungkil. Pendekatan multidisiplin yang menggabungkan ilmu bahasa dengan ilmu lain merupakan inovasi kepada kajian Bahasa yang lebih terkini. Pengaplikasian perisian yang bersesuaian dengan bidang ilmu seperti GIS (Geographical Information System), perisian maklumat ilmu pemakanan, teknologi maklumat mampu menenun inovasi dalam kajian bahasa demi memastikan kelangsungan, kelestarian dan kerekayasaan BM agar terus segar dan kekal relevan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 237 time(s))