Hubungan antara stigma masyarakat dan stigma kendiri terhadap sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling
Faizura Rohaizad1, Rusnani Abdul Kadir2, Rahimah Ibrahim3.
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara stigma masyarakat dan stigma kendiri terhadap sikap individu dewasa untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Pengkaji mengaplikasikan rekabentuk kajian korelasi untuk memperolehi arah dan kekuatan hubungan yang wujud antara ketiga-tiga pembolehubah. Seramai 476 orang dewasa yang berumur 21 tahun ke atas telah terlibat dalam kajian ini yang dilaksanakan di daerah Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai stigma masyarakat, stigma kendiri dan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang sederhana. Namun, stigma kendiri dilaporkan lebih tinggi dalam kalangan responden lelaki dan responden wanita menunjukkan sikap yang lebih positi terhadap perkhidmatan kaunseling. Walau pun begitu, kedua-dua gender mempunyai persepsi yang sama terhadap stigma masyarakat. Implikasi utama daripada kajian ini menjurus kepada maklumat berkaitan penawaran perkhidmatan kaunseling dalam komuniti serta pendekatan silang budaya dalam amalan kaunseling bagi mengurangkan stigma.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 323 time(s))