Pembinaan rubrik penilaian penulisan kanak-kanak
Surayah Zaidon1, Aminah Ayob2, Othman Ikhsan3.
Penulisan dapat menggambarkan pelbagai kemahiran dan kebolehan kanak-kanak. Namun penulisan kurang dibincangkan di peringkat awal kanak-kanak disebabkan skop perbincangan penulisan di peringkat ini terbatas kepada aspek mekanis penulisan iaitu tulisan. Dari satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji kebolehan penulisan kanak-kanak prasekolah dan tahap satu sekolah rendah, Rubrik Penilaian Penulisan Kanak-kanak telah dihasilkan. Rubrik ini berfokus kepada elemen-elemen utama dalam penghasilan penulisan iaitu penjanaan idea dan kebolehan bahasa. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan proses pembinaan rubrik yang telah dijalankan. Adalah diharap rubrik yang dihasilkan dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran penulisan kanak-kanak.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 304 time(s))