Analisis kesahan kandungan Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) berdasarkan pendekatan Teori Cognitive Information Processing (CIP)
Nur Liyana Mohd Ibrahim1, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip2, Mohammed Nasir Bistamam3.
Kajian ini bertujuan mendapatkan kesahan kandungan Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK-CIP). Modul ini dibina berdasarkan pendekatan Teori Cognitive Information Processing (CIP). Teori CIP menyediakan suatu rangka kerja untuk individu agar berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah kerjaya dan seterusnya membolehkan mereka membuat keputusan kerjaya. Matlamat utama CIP adalah untuk membantu individu memperoleh kemahiran dalam membuat keputusan kerjaya. Kajian fasa pertama dilakukan untuk membina draf modul menerusi kajian kepustakaan dan temu bual guru bimbingan dan kaunseling. Kajian fasa kedua pula ialah mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan modul. Manakala, kajian fasa ketiga adalah untuk mendapatkan pandangan serta komen panel pakar dari aspek kandungan modul dan sesi serta aktiviti Modul PPK-CIP. Sampel kajian adalah terdiri daripada kalangan pakar di dalam bidang psikologi dan kaunseling. Dapatan fasa pertama menghasilkan 8 sesi dan 23 aktiviti di dalam Modul PPK-CIP. Manakala dapatan fasa kedua menunjukkan nilai kesahan kandungan modul mengikut Russel (1974) dan didapati nilai kesahan sesi dan aktiviti Modul PPK-CIP adalah sebanyak 85.83. Manakala, dapatan fasa ketiga menunjukkan maklum balas dan penambahbaikan modul dari aspek kandungan, sesi dan aktiviti oleh panel pakar. Implikasinya dapat mengetahui aspek manakah dalam Modul PPK-CIP yang perlu dibuat penambah baikansebelum Modul PPK-CIPdigunakan semasa sesi kaunseling dan bimbingan kelompok kerjaya di sekolah.Justeru, hasil Modul PPK-CIP boleh dilanjutkan dengan membuat kajian rintis Modul PPK-CIP terhadap pelajar yang menghadapi pemikiran kerjaya disfungsi.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 339 time(s))