Metodologi dakwah kepada ibu bapa bukan muslim berdasarkan kisah Nabi Ibrahim AS
Muhd. Najib Abdul Kadir1, Mabruri Mohammad Sai2, Latifah Abdul Majid3.
Kaedah berdakwah kepada golongan yang telah lanjut usia sudah pasti berbeza dengan cara berdakwah kepada golongan belia yang lebih muda. Apatah lagi jika orang yang lebih tua tersebut merupakan kerabat atau saudara mara terdekat. Artikel ini membincangkan metode dakwah yang digunakan Nabi Ibrahim AS terhadap ayahnya yang non-Muslim. Pemilihan kisah Nabi Ibrahim ASdan ayahnya Azar dalam kajian ini adalah berlandaskan kepada pujian yang sering diberi oleh Allah terhadapnya dari segi akhlak yang terpuji, termasuk beberapa pendekatan dakwah yang dilakukan untuk mengajak ayahnya kepada tauhid. Kajian ini dilakukan adalah untuk menyelidiki metode yang digunakan oleh Nabi Ibrahim ASkepada ayahnya Azar. Bagi mendapatkan kesahihan data maka kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 204 time(s))