Pandangan pelajar UPSI terhadap kehidupan insaniah
Abd. Kadir Bin Arifin1.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pandangan pelajar UPSI terhadap kehidupan insaniah melalui aspek kemanusiaan, ruang, masa dan orientasi. Sampel kajian seramai 60 orang pelajar semester tiga dan empat yang terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian iaitu a) latar belakang responden, b) aspek kemanusiaan, c) aspek ruang, d) aspek masa dan e) aspek orientasi. Setiap aspek ini akan mewakili enam kategori pilihan jawapan iaitu 1) kerohanian, 2) baris-hierarki/keturunan, 3)saling/perhubungan, 4)individualistik, 5)penganjuran/sokongan luar, dan 6) materialistik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan ujian-t melalui perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) bagi melihat taburan min, kekerapan, peratusan dan sisihan lazim. Keputusan kajian menunjukkan dalam kehidupan insaniah menerusi aspek kemanusiaan (43%) pelajar memberi keutamaan kepada kategori kerohanian, manakala menerusi aspek ruang pula (32%) pelajar memberi keutamaan kategori saling/perhubungan, menerusi aspek masa (43%) pelajar memberi keutamaan kepada kategori saling / perhubungan dan menerusi aspek orientasi (39%) pelajar memberi keutamaan kategori individualistik. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan antara pelajar lelaki dan perempuan, pelajar perempuan lebih tinggi minnya dalam memberi pandangan terhadap kehidupan insaniah menerusi empat aspek tersebut berbanding pelajar lelaki.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 300 time(s))