Strategi penjelasan dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan Jepun: satu perbandingan antara budaya
Normah Ahmad1, Nor Hashimah Jalaluddin2, Mohammad Fadzeli Jaafar3.
Kajian ini cuba membandingkan penggunaan strategi penjelasan dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Kajian ini menggunakan interaksi permohonan maaf yang dikutip daripada empat buah drama bersiri Melayu dan empat buah drama bersiri Jepun yang disiarkan di televisyen antara tahun 2008 dan 2010. Walaupun kedua-dua budaya ini menitikberatkan aspek kesopanan dalam merealisasikan permohonan maaf, tetapi cara bagaimana permohonan maaf itu dimanifestasikan adalah berbeza dan mencerminkan sifat budaya masing-masing. Hasil kajian mendapati orang Melayu lebih banyak menggunakan strategi penjelasan apabila memohon maaf berbanding orang Jepun. Penjelasan yang dilakukan oleh orang Melayu juga didapati lebih panjang serta lebih kreatif. Sebaliknya orang Jepun
cenderung memberikan penjelasan yang ringkas, dan selebihnya akan hanya mengungkapkan ekspresi
“maaf”.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 325 time(s))