Satu kajian mengenal penggunaan mod pencarian kata kunci (keyword searching) di kalangan pengguna-pengguna OPAC di Perpustakaan Universiti Malaya
Roslina Suratnu1, Tiew, Wai Sin2.
Meninjau penggunaan mod pencarian kata kunci di kalangan pengguna-pengguna OPAC di Perpustakaan Universiti Malaya. Hasil kajian menunjukkan; (a) Penggunaan mod pencarian kata kunci di kalangan pengguna-pengguna OPAC adalah tinggi dengan kadar 84% (112 orang); (b) Ketika mengakses maklumat, kebanyakan pengguna mengakses dengan menggunakan mod pencarian subjek (perkara); (c) Pengguna-pengguna dapat mengetahui tentang adanya mod kata kunci melalui paparan skrin OPAC atau pemberitahuan oleh rakan-rakan / pensyarah / orang disebelah terminal OPAC; (d) Walaupun kebanyakan pengguna-pengguna OPAC pernah diberi latihan tentang penggunaan OPAC namun mereka masih tidak mengetahui teknik-teknik pencarian mod kata kunci melalui operan boolean dan pencarian maklumat menggunakan simbol-simbol tertentu; (e) Pengguna OPAC mempelajari menggunakan mod pencarian kata kunci melalui mencuba sendiri dan melalui tunjuk ajar rakan-rakan dan orang di sebelah terminal; (/) Kebanyakan mereka berpendapat mempelajari mod kata kunci adalah mudah dan masing-masing berpuas hati selepas menggunakannya; (g) Pengguna-pengguna OPAC juga berpendapat bahawa mod pencarian kata kunci adalah lehih baik jika dihandingkan dengan mod pencarian lain (tajuk, pengarang dan perkara) namun pada waktu-waktu tertentu, mereka masih memerlukan mod pencarian lain untuk membuat pencarian di OPAC.
Affiliation:
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Rawang, Malaysia
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang, Malaysia
Fulltext is not available. Please contact the
Editor Manager to get the fulltext