View Article |
Adakah pantang larang pemakanan di kalangan orang asli mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan anak : pengalaman daerah Kuala Lipis
Rahimi, H1, Fatimah, A.M2, Rahimah, I3, Sarah, Y4, Marlia, M.S5.
Aspek pantang larang dalam pemakanan dan perkhidmatan bomoh merupakan entiti unik dalam budaya masyarakat Orang Asli. Satu kajian irisan lintang di kalangan masyara/cat Orang Asli pinggiran (di Pos Betau) dan pedalaman (Pos Sinderut) Kuala Lipis telah dijalankan pada 25hb September hingga 6 Oktober 1999 bagi mengetahui pola pemakanan dan amalan pantang larang dalam aspek pemakanan yang mempengaruhi tahap pemakanan seseorang. Seramai 255 orang responden telah ditemuduga oleh kakitangan terlatih menggunakan borang soal selidik berpandu dimana 15 orang dari kawasan pinggiran dan 104 orang dari pedalaman. Hasil kajian menuruukkan Orang Asli pinggiran lebih kerap mengombil makanan dalam sehari (p<0.05), lebih mempelbagaikan jenis makanan (p<0.05) dan telah kurang mengamalkan pantang larang samaada semasa
mengandung (p<0.05), dalam pantang (p<0. 05) dan terhadap anak-anak (p<0.05) berbanding dengan kawasan pedalaman. Walaubagaimanapun amalan pantang larang tidak mempengaruhi tahap pemakanan ibu-ibu dan anak-anak di pedalaman (p>0. 05). Kepercayaan terhadap perkhidmatan bomoh masih lagi menebal dikalangan Orang Asli terutama dipinggiran (p<0.05). Strategi meningkotkan promosi terutama dalam aspek pemakanan perlu diberi penekanan dan kajian lanjut mengenai perkhidmatan dan peranan bomoh perlu dijalankan.
Affiliation:
- Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q4 (Public Health, Environmental and Occupational Health) |
Additional Information |
0.141 (SJR) |
|
|
|