View Article |
Tinjauan perkembangan penghasilan pengganti darah
Mislia Othman1, Muhammad Azrul Zabidi2.
Kertas tinjauan bertujuan untuk membentangkan satu pandangan menyeluruh perkembangan mengenai pengganti darah terutamanya pengganti sel darah merah yang berperanan sebagai pengangkut oksigen tiruan. Pengetahuan tentang darah manusia telah diinspirasi daripada kefahaman berkaitan sistem peredaran darah manusia. Ibn Nafis ialah yang pertama memperincikan bahawa darah mengalir melalui sistem respiratori sebelum masuk ke jantung. Dapatan tersebut menafikan tuntutan bahawa terdapat rongga halus pada septum jantung. William Harvey seterusnya memperincikan sistem kardiovaskular manusia secara lebih mendalam dan telah menyumbang kepada kefahaman yang lebih baik terhadap peranan darah dalam tubuh. Percubaan beberapa pemindahan darah menggunakan darah manusia, haiwan dan pengganti darah lain seperti susu telah dilakukan sebelum amalan tersebut diharamkan selama lebih 150 tahun di Eropah. Penemuan utama berkaitan kumpulan darah dan reaksi antibodi telah menjadikan pemindahan darah lebih selamat. Walau bagaimanapun, beberapa isu dan cabaran telah mencetuskan semula penerokaan untuk membangunkan pengganti sel darah merah. Dua pendekatan telah diambil untuk membangunkan pengganti sel darah merah yang telah diklasifikasikan kepada pengangkut oksigen berasaskan biologi dan kimia. Usaha-usaha terawal adalah pembangunan pengangkut oksigen berasaskan hemoglobin (HBOC) dan perfluorocarbon (PFC) sementara perkembangan terkini adalah pengangkut oksigen berasaskan polimer serta sel darah merah yang diperolehi daripada sel tunjang (stem cell) secara in-vitro.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|