View Article |
Interaksi lisan pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu: potensi yang terabai
Roselan Baki1, Yahya Othman2.
Interaksi lisan merupakan medium dan juga alat pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, interaksi
lisan turut merupakan alat pengajaran dan pembelajaran. Kecekapan guru dalam menggunakan interaksi
lisan menentukan kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan ke atas empat guru Bahasa Melayu secara kualitatif selama setahun, melalui pemerhatian, temu bual dan penelitian
dokumen mendapati guru kurang cekap memanfaatkan interaksi lisan sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran. Guru lebih menggunakan interaksi lisan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
sahaja. Jenis interaksi lisan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sapaan,
penerangan, penyoalan, kawalan, arahan dan sindiran. Jenis interaksi lisan yang berpotensi untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti kurang ketara dalam interaksi lisan pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku. Keadaan ini kurang menjanjikan perkembangan keupayaan berinteraksi
lisan dan pembelajaran yang optimum dalam kalangan murid.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q2 (Arts and Humanities (miscellaneous)) Q2 (Business, Management and Accounting (miscellaneous)) Q2 (Economics, Econometrics and Finance (miscellaneous)) Q2 (Social Sciences (miscellaneous)) |
Additional Information |
0.333 (SJR) |
|
|
|