Tahap penerimaan terhadap aktiviti-aktiviti masyarakat Islam dalam kalangan masyarakat non-muslim di Selangor
Syarul Azman Shaharuddin1, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah2, Sahlawati Abu Bakar3, Noor Amani Mohamed Hussin4, Normazlina Ismail5, Nursabila Ramli6, Nurhazyyah Nural Anuar7, Siti Khaulah Mohd Hamzah8.
Kajian ini ingin melihat sejauh mana penerimaan masyarakat non-Muslim di Selangor
terhadap aktiviti-aktiviti masyarakat Islam di Malaysia. Seramai 325 responden yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan
bahawa nilai min keseluruhan penerimaan responden non-Muslim terhadap aktiviti-aktiviti
masyarakat Islam ialah 3.09. Hal ini bermakna penerimaan masyarakat non-Muslim di
Selangor terhadap aktiviti-aktiviti masyarakat Islam berada pada tahap yang tinggi. Item
dengan min tinggi ialah berkenaan responden suka mendengar cerita daripada kawan-kawan
Melayu tentang Islam, suka memakai pakaian orang Melayu, suka membeli binatang
sembelihan orang Melayu, masyarakat Melayu menggambarkan imej Islam yang sebenar,
suka bergaul dengan masyarakat Melayu, masyarakat Melayu suka memberikan bantuan kepada non-Muslim, kerjasama program antara masyarakat Muslim dengan non-Muslim,
penganjuran program berbentuk keagamaan untuk memberikan kefahaman kepada nonMuslim tentang Islam, suka cara orang Melayu mengadakan urusan jual beli dan tertarik
dengan cara orang Melayu berinteraksi dengan non-Muslim. Manakala, item dengan min
sederhana ialah berasa terganggu dengan suara azan dan aktiviti ceramah di masjid
berdekatan, kesesakan jalan raya disebabkan oleh solat Jumaat, suka tinggal di sekitar masjid,
suka membaca tentang Islam, suka menonton atau mendengar ceramah atau sebarang
rancangan berkaitan agama Islam di televisyen atau radio, suka mendengar ayat-ayat alQuran di masjid dan masyarakat Islam suka memberikan bahan-bahan bacaan berkaitan
Islam.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Malaysia
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Malaysia
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 77 time(s))