Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti: peristiwa Tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat Suluk (Tausug) di Sabah
Ramli Dollah1, Zaini Othman2, Wan Shawaluddin Wan Hassan3, Salmie Jemon4.
Elemen bukan fizikal merupakan elemen utama dalam pembentukan
sempadan, terutamanya pembentukan sempadan identiti sesuatu kumpulan.
Namun, artikel ini melihat bahawa pembentukan sempadan bukan fizikal ini
tidak boleh difahami sebagai satu proses semula jadi kerana ia merupakan
elemen yang dibentuk oleh proses tertentu. Dalam hal ini, penulis melihat
bahawa salah satu daripada elemen penting yang membawa kepada wujudnya
wacana hegemoni dalam pembentukan sempadan identiti ini adalah melalui
elemen ‘peristiwa’. Oleh itu, artikel ini membincangkan bahawa peristiwa
Tanduo di Sabah merupakan ‘tragedi’ identiti masyarakat Tausug di negeri
ini kerana peristiwa ini mewujudkan kebenaran sosial dalam kalangan
masyarakat yang akhirnya membawa kepada imej negatif masyarakat Suluk di
negeri Sabah. Jelasnya, pembentukan imej negatif ini terhasil daripada fungsi
‘peristiwa’ tersebut dan menyebabkan ia menjadi salah satu fakta yang tidak
dapat disangkal kebenarannya. Akibatnya, masyarakat Suluk dilihat sebagai
‘bermasalah’, ‘perlu dijauhi’, ‘berbahaya’ dan seterusnya membawa kepada
pembentukan pelbagai kategori Tausug yang sebelum ini berada dalam satu
kategori yang sama. Dalam hal ini, penulis melihat jika sempadan fizikal
boleh diperkukuhkan melalui peningkatan ketenteraan, artikel ini melihat
pembentukan dasar-dasar yang berguna perlu dimainkan oleh badanbadan bukan kerajaan, ahli-ahli politik dan sebagainya terutamanya dalam
mengurus persepsi yang berlaku ini.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 84 time(s))