Tanggungjawab statutori majikan menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Mumtaj Hassan1, Anis Shuhaiza Md Salleh2.
Undang-undang mengenakan tanggungjawab ke atas majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerjanya. Justifikasinya, kemalangan di tempat kerja merupakan tragedi yang boleh mengugat pembangunan ekonomi sesebuah organisasi mahupun negara. Dengan itu, Akta Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (AKKP) telah digubal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja sektor awam dan swasta di Malaysia terpelihara. Justeru, artikel ini mengenalpasti tanggungjawab statutori majikan menurut AKKP bersama dengan perbincangan mengenai beban pembuktian dan pendakwaan terhadap majikan bagi perlanggaran tanggungjawab tersebut. Dalam penulisan artikel ini, penulis menggunakan kaedah metodologi kajian undang-undang yang menekankan pendekatan doctrinal. Di akhirnya, cadangan-cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan keselamatan dan kesihatan para pekerja di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 107 time(s))