Yuran dan bantuan sebagai elemen asas dalam perniagaan francais di Malaysia
Nurli Yaacob1, Nasri Naiimi2, Munirah Kasim3.
Perkembangan perniagaan francais di Malaysia disokong oleh kerangka perundangan dan kerangka institusi yang wujud. Melalui peruntukan Akta Francais 1998, elemen asas dalam perniagaan francais dibentuk. Antaranya ialah pembayaran yuran dan bantuan yang diberikan oleh francaisor kepada francaisi. Kedua-dua elemen ini kadang kala tidak dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan elemen asas berkaitan yuran dan bantuan dalam perniagaan francais beserta pandangan Islam secara ringkas mengenainya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perundangan yang disokong oleh temubual ke atas francaisor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peruntukan yang jelas wujud di dalam Akta Francais 1998 tentang yuran dan bantuan. Dapatan daripada temubual ke atas francaisor juga menunjukkan kesemua mereka patuh kepada peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 98 time(s))