Hukuman pencemaran perairan daratan di bawah peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
Nurli Yaacob1, Harlida Abdul Wahab2, Haslinda Mohd Anuar3.
Pencemaran perairan daratan menjadi isu penting pada masa kini. Tambahan pula jika pecemaran ini dilakukan oleh organisasi perniagaan yang besar dan mampu membayar hukuman dalam bentuk wang. Terdapat kerangka perundangan yang mengawal selia berkenaan hukuman pencemaran perairan daratan ini iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga peraturan-peraturannya termasuk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Oleh sebab itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan juga bentuk hukuman melalui kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan dengan pencemaran perairan daratan ke atas syarikat. Dapatan kajian menunjukkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, hukuman denda yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah agak rendah dan peratusan kes yang dikenakan hukuman penjara adalah amat kecil.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 35 time(s))