Penglibatan rasuah di kalangan agensi penguatkuasaan kerajaan: satu analisis laporan berita tempatan
Ahmad Nasyran Azrae1, Hairuddin Megat Latif2, Khadijah Mohamed3.
Amalan rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya dikalangan agensi penguatkuasa kerajaan, sering mendapat liputan meluas laporan berita tempatan kerana urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan. Agensi penguatkuasa kerajaan yang sering terpalit dengan gejala rasuah ialah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Kertas kerja ini menganalisis penglibatan tiga agensi penguatkuasaan kerajaan yang utama, iaitu PDRM, JIM dan JKDM, di dalam gejala rasuah seperti yang dilaporkan di dalam berita tempatan melibatkan penahanan, penangkapan, pendakwaan dan sabitan kes rasuah di kalangan anggota PDRM, JIM, dan JKDM di sepanjang tahun 2017 sehingga Jun 2018. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa kes tangkapan, penahanan serta pendakwaan bagi kesalahan rasuah melibatkan agensi penguatkuasa kerajaan berlaku hampir setiap bulan di sepanjang tahun, seperti yang dilaporkan berita tempatan. Ia melibatkan nilai sogokkan yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada nilai suapan jutaan ringgit, dan dari anggota bawahan sehinggalah pegawai kanan jabatan terbabit.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 139 time(s))