Hak penyiaran liga bola sepak profesional Malaysia melalui perspektif undang-undang persaingan
Wan Syazana Akmal Wan Roslan1, Jady @ Zaidi Hassin2.
Hak penyiaran sukan merupakan tulang belakang kepada sumber pendapatan liga
sukan profesional. Namun demikian, perjanjian penjualan hak penyiaran sukan yang
mempunyai kesan antipersaingan akan menjejaskan kestabilan ekosistem liga sukan
profesional yang sihat. Kesan antipersaingan yang wujud telah menjadi faktor kepada
kegagalan mencapai elemen ‘keseimbangan persaingan’ antara kelab-kelab yang bertanding
dan akhirnya turut gagal mewujudkan elemen ‘ketidakpastian’ dalam perlawanan liga sukan.
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesan perjanjian penjualan hak penyiaran secara
kolektif menurut perspektif Undang-undang Persaingan. Penyelidikan yang dijalankan
merupakan penyelidikan sosio-perundangan yang berasaskan penyelidikan undang-undang
dan penyelidikan sosial. Pendekatan sejarah, analitis dan kritis serta penilaian telah diguna
pakai dalam penyelidikan ini dengan merujuk kepada Undang-undang Persaingan Eropah dan
Malaysia serta kes-kes perundangan berkenaan isu persaingan dalam liga sukan. Analisis
mendapati bahawa perjanjian penjualan hak penyiaran sukan secara kolektif pada asasnya
memberi kesan antipersaingan dan bertentangan dengan semangat Akta Persaingan 2010,
namun ianya dibenarkan kerana ianya mampu memberi sumbangan besar dari aspek
kewangan. Oleh yang demikian, remedi khusus perlulah dibentuk demi mengatasi kesan
antipersaingan yang wujud dan seterusnya menjadikan Liga Malaysia sebagai sebuah liga yang
lebih kompetitif.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 37 time(s))