Unsur pengulangan dalam lirik lagu dikir Barat
Siti Asma Ahmad1, Hazlina Abdul Halim2, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi3.
Kepaduan dalam sebuah wacana amat penting untuk memberikan gambaran tentang apa yang ingin disampaikan
oleh penulis. Lirik merupakan salah satu elemen wacana yang penting untuk membentuk lagu yang sempurna.
Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengupas penggunaan salah satu aspek kohesi leksikal oleh
Halliday & Hasan (1976) iaitu aspek pengulangan dalam lirik lagu dikir barat. Penelitian ini merupakan
penelitian kualitatif, di mana sampel untuk kajian ini ialah 20 lirik lagu dikir Barat oleh Halim Yazid. Kesemua
korpus lirik lagu mempunyai 96 rangkap serta mengandungi empat hingga enam baris bagi setiap rangkap.
Hasil penelitian menunjukkan pengulangan lirik pada peringkat perkataan, frasa dan ayat. Didapati pengulangan
yang dilakukan adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengar untuk kepada tema dan mesej berbentuk
nasihat dan sindiran yang ingin disampaikan melalui lirik lagu tersebut.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 113 time(s))