Dinamika elektoral yang mempengaruhi masyarakat dusun kimaragang di dun tandek dalam pilihan raya dun sabah pada era united sabah national organisation (USNO) dan parti bersatu rakyat jelata sabah (BERJAYA): 1967 – 1982
Manual Damilan1, Lai, Yew Meng2, Silva, Maureen De3.
Artikel ini membincangkan dinamika elektoral yang mempengaruhi gelombang sentimen dan pilihan politik masyarakat Dusun Kimaragang semasa Pilihan Raya DUN Sabah 1967 hingga 1982, iaitu semasa era pentadbiran United Sabah National Organisation (USNO) dan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Ramai penulis dan pengkaji mendakwa bahawa senario politik Malaysia khususnya di Sabah sejak dahulu adalah berasaskan dinamika primordial, iaitu sentimen kuat yang tidak dapat dielakkan dan berkait dengan persamaan ciri sosial manusia seperti agama, etnik, puak, bahasa, kekeluargaan dan sebagainya (Loh, 2009; xii). Senario ini telah menyebabkan kebanyakan parti politik cenderung meletakkan calon yang memiliki banyak persamaan dari segi etnik dan agama dengan pengundi di satu-satu kawasan. Walaupun begitu, kemenangan calon bukan Kimaragang (Pilihan Raya 1967 dan 1981) dan kemenangan calon beragama Islam pada tahun 1971 dan 1982 di kawasan Tandek membuktikan bahawa dinamika primordial bukanlah satu-satunya dinamika yang mempengaruhi sentimen dan keputusan politik masyarakat Dusun Kimaragang. Sebaliknya, terdapat juga dinamika-dinamika lain yang turut terlibat. Justeru, berpandukan kepada pendekatan kualitatif, kajian akan melihat sejauhmana dinamika primordial mempengaruhi sentimen politik masyarakat Dusun Kimaragang di kawasan DUN Tandek dari tahun
1967 hingga 1982.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))