View Article |
Konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan
Nor Hanani Ismail1.
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis konsep
Rabbani berdasarkan tafsiran ulama pada ayat 32 surah al-Baqarah. Kedua, merumuskan
konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan. Konsep Rabbani pada kertas kerja ini
merujuk kepada satu konsep yang dibentuk berasaskan sumber al-Quran dan al-Sunnah.
Malah matlamat konsep Rabbani yang berasaskan wahyu ini ialah makrifatullah iaitu
mengenal Allah. Berdasarkan epistemologi Islam, ilmu adalah berasal daripada Allah SWT
dan ilmu juga didasarkan kepada sumber utama dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Hal ini seiring dengan maksud ayat 32 surah al-Baqarah. Dalam penyelidikan pula, ilmu
merupakan asas utama dalam perbincangan penyelidikan. Keadaan ini memberi gambaran
bahawa penyelidikan yang terkait dengan ilmu akan terkait juga dengan Pemberi ilmu iaitu
Allah SWT. Sekiranya ini dipegang oleh penyelidik Muslim, maka golongan ini perlu
membudayakan konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan mereka. Persoalannya
apakah konsep Rabbani berdasarkan ayat 32 surah al-Baqarah? Bagaimanakah konsep
Rabbani dapat dibudayakan dalam gerak kerja penyelidikan. Kertas kerja ini berhasrat
menjawab kedua-dua persoalan tersebut menerusi analisis tekstual terhadap beberapa
literatur. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini menemukan tujuh elemen utama yang
terdapat dalam konsep Rabbani berdasarkan ayat 32 surah al-Baqarah. Bagi persoalan kedua,
kertas kerja ini merumuskan lima perihal konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 111 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|