View Article |
Analisis keperluan latihan keusahawanan terhadap remaja miskin bandar, Kuala Lumpur
Siti Fardaniah Abdul Aziz1.
Golongan remaja yang tinggal di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) Kuala
Lumpur dikategorikan sebagai golongan miskin bandar di mana purata pendapatan isi rumah
keluarga adalah kurang daripada RM940 sebulan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa
golongan ini mengalami tekanan ekonomi sehingga menjerumuskan mereka kepada masalah
lain seperti masalah sosial, jenayah, dadah dan pergaduhan. Oleh itu, golongan ini perlu
dibantu agar mereka tidak berada dalam tekanan ekonomi secara berterusan. Salah satu usaha
yang boleh dilakukan untuk membantu golongan ini adalah dengan memberikan programprogram
pembangunan manusia; contohnya, Program Kemahiran Keusahawanan agar
mereka boleh memilih untuk berniaga sendiri dan seterusnya meningkatkan pendapatan isi
rumah. Justeru itu, satu kajian analisis keperluan latihan telah dilakukan untuk menentukan
tahap pengetahuan, kemahiran dan minat keusahawanan dalam kalangan 92 remaja di PPR
Pantai Dalam dan Desa Rejang, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati hanya 41.3% daripada
remaja ini yang lulus kuiz tidak formal tentang pengetahuan keusahawanan. Selain itu,
berdasarkan persepsi kendiri, majoriti remaja mempersepsikan bahawa tahap pengetahuan,
kemahiran dan minat mereka berada pada tahap sederhana terhadap bidang keusahawanan.
Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan dalam meningkatkan tahap pengetahuan,
kemahiran, dan minat mereka terhadap bidang keusahawanan melalui program latihan yang
bersesuaian.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 127 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|