View Article |
Analisis seni hiasan “kolam” berasaskan teori Feldman
Letchumanan, Santhi1, Abdul Halim Hussain2.
Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti
secara khusus tentang seni melukis ‘kolam’ secara proses sosialisasi di kalangan masyarakat
India. Seni ‘kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan
yang memerlukan daya cipta dan diwarisi melalui pendidikan tidak formal oleh masyarakat
India. Seni melukis ‘Kolam’ diilhamkan daripada motif flora, fauna, motif geometri dan
organik. Fokus kertas kerja adalah berkaitan penggunaan unsur alam dalam melukis seni
‘kolam’. Kajian ini juga menfokuskan tentang nilai dan falsafah di sebalik penggunaan motif
alam dalam melukis seni kolam’. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian
kes. Teknik pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual, rakaman visual dan kajian
dokumen. Data-data akan yang diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan
menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Manakala kajian ini akan menggunakan
pendekatan interdisiplin dengan konsep-konsep dalam teori kebudayaan sebagai teori utama
, pendidikan dan teori sosiologi. Melukis ‘kolam’ lebih dikaitkan dengan aspek keceriaan,
kepercayaan dan memiliki falsafahnya tersendiri serta mengekalkan identiti masyarakat India
di Malaysia melalui proses pendidikan tidak formal.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 118 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|