View Article |
Agihan dana zakat dalam bentuk pembiayaan mikro kredit
Muhammad Anas Ibrahim1, Aemy Aziz2.
Kertas kerja ini bertujuan melihat agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro
kredit daripada dana zakat. Kaedah agihan semasa ini lebih bersifat “one off”. Namun,
seringkali disalahgunakan atau dana yang disediakan tidak ada tanggungjawab daripada
pihak penerima. Oleh itu, kaedah agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro ini
memberikan tanggungjawab bersama untuk dilakukan supaya dana yang diagihkan tidak
mengalami kerugian. Persoalannya, apakah Persoalannya, apakah akan berlaku sekiranya
suatu ketika kelak amaun pungutan zakat tahunan terjejas sedangkan golongan asnaf semakin
bertambah? Apatah lagi pemberian modal kerja dalam bentuk mikro kredit yang ditawarkan
ketika ini dikatakan tidak bebas daripada unsur-unsur riba. Dapatan daripada data primer
dan sekunder memperlihatkan bahawa terdapat pandangan yang membenarkan agihan zakat
diberikan secara pembiayaan mikro kredit untuk modal perniagaan atau modal tambahan
mengembangkan perniagaan dalam kalangan usahawan asnaf. Akan turut dihujahkan bahawa
telah ada definisi pembiayaan mikro kredit, hukum pembiayaan mikro kredit daripada dana
zakat dan amalan pembiayaan mikro kredit daripada dana zakat di negara luar boleh
dijadikan model untuk diaplikasikan di institusi-institusi zakat di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 115 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|