View Article |
Faham intelektual menurut perspektif Malik Bennabi
Khairiah Mohd Yassin1.
Intelektual merupakan suatu golongan yang diklasifikasikan sebagai bijak pandai
yang memiliki ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidangnya serta di luar daripada
bidangnya. Golongan bijak pandai ini berperanan penting dalam membangunkan bangsa dan
negaranya. Namun apabila diteliti keadaan masyarakat Islam kini yang terkebelakang dalam
banyak hal termasuk aspek keilmuan memperlihatkan isu intelektual semakin serius lagi
membimbangkan. Keterbelakangan mereka menyaksikan bahawa wujud kekurangan serta
kelompongan dari sudut keberkesanan peranan kaum intelektual di negara-negara Islam.
Justeru itu dalam usaha meneliti peranan sebenar golongan intelektual, kajian ini akan
menyoroti pandangan ilmuwan Islam tersohor sekitar abad ke-20-Malik Bennabi tentang
intelektual. Kajian ini mengemukakan empat objektif utama berikut. Pertama, meneroka
makna dan definisi yang mendasari istilah intelektual. Kedua, meneliti konsep intelektual dari
kotak fikir Bennabi. Ketiga, mengenalpasti elemen kefalsafahan yang wujud daripada konsep
intelektual tersebut. Keempat, meneliti asas dan kepentingan faham intelektual Bennabi dalam
konteks pembangunan ketamadunan bangsa khasnya dan ketamadunan sejagat amnya. Kajian
kepustakaan diaplikasikan dalam konteks pengumpulan data. Analisis kajian pula berasaskan
analisis kandungan dengan memfokuskan kepada karya-karya penting Bennabi khususnya
yang mengupas isu berkaitan intelektual dan permasalahan yang melingkarinya. Dapatan
kajian ini memperolehi bahawa faham intelektual Bennabi merujuk kepada suatu bentuk
pemikiran yang menekankan nilai intelek serta keterkaitannya dengan elemen spiritual. Selain
itu, intelektual dan keintelektualan ditanggapi sebagai nadi kehidupan bagi masyarakat
berperadaban/berketamadunan. Tanpa pemilikan nilai-nilai intelektual dan keintelektualan
menyebabkan sesebuah masyarakat itu dianggap mati bahkan tiada fungsinya dalam
perjalanan pembentukan sejarah ketamadunan dunia. Pemikiran faham intelektual Bennabi
berasaskan unsur kefalsafahan ini memberi impak kepada pembangunan intelektual semasa
khususnya terhadap pemantapan gagasan keintelektualan masyarakat Islam khasnya dan
masyarakat dunia amnya.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 114 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|