View Article |
Peranan masjid dan pengajaran ilmu akidah dalam usaha pembasmian kemiskinan dalam komuniti Muslim
Nawi@ Mohd Nawi Ismail1, Azizah Hussin2.
Kajian ini bertujuan meninjau pelaksanaan pengajaran ilmu aqidah Islamiyyah di
masjid-masjid dalam proses pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan komuniti muslim.
Pihak masjid tidak boleh hanya memfokuskan ilmul-ilmu feqah sahaja bahkan perlu
memperbanyakkan ilmu-ilmu aqidah Islamiyyah. Namun, sejauhmana masjid benar-benar
memainkan peranan dalam pembasmian kemiskinan dalam kalangan komuniti muslim
melalui pengajaran ilmu aqidah Islamiyyah. Justeru, kajian ini akan membawa dapatandapatan
daripada hasil kajian. Tujuan utama kajian ialah menjelaskan kepada masyarakat
sejauhmana pengajaran ilmu aqidah dilaksanakan di masjid-masjid serta melihat kesan ilmu
aqidah Islamiyyah yang di ajar di masjid kepada masyarakat yang terlibat dengan masalah
kemiskinan. Selain itu, tajuk-tajuk yang berkaitan pembasmian kemiskinan yang dicadangkan
akan dianalisa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dianalisa secara deskriptif
melalui perisian SPSS. Data dikumpul melalui soal selidik yang terdiri daripada 3
komponen, biodata dan dua pembolehubah. Dapatan dibentangkan mengikut min, frekuensi
dan peratus. Responden seramai 200 orang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, tahap
umur, pekerjaan, status, pendidikan dan dikhususkan kepada masyarakat Kelantan dan
terdapat segelintir responden yang terlibat bukan berasal dari Kelantan tetapi menetap di
Kelantan kerana belajar dan bekerja di situ. Majoriti responden bersetuju bahawa masjid
memainkan peranan penting dalam pembasmian kemiskinan. Manakala, dapatan yang
hampir sama banyak diperolehi tentang tajuk yang diperbincangkan di masjid ada
menyentuh tentang kemiskinan atau sebaliknya. Manakala, dalam pengajaran aqidah
islamiyyah di masjid, majoriti responden mengiakan bahawa terdapat pengajaran aqidah
dikaitkan dengan kemiskinan. Kajian ini juga menyenaraikan 5 tajuk berkaitan kemiskinan
yang dicadangkan oleh respondent agar diajar di masjid-masjid. Kesimpulannya, kajian ini menjadi panduan kepada murabbi agar menekankan urusan pembasmian kemiskinan tegar
dalam ceramah dan kuliah di masjid.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Intitut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 115 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|