View Article |
Kaedah pembangunan tanah wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK)
Nurul Azma Abu Bakar1, Muhammad Nasri Md. Hussain2, Abu Bakar Hamed3.
Tanah wakaf merupakan harta yang amat bernilai kepada umat Islam. Di Malaysia,
banyak tanah wakaf yang belum dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku
pemegang amanah wakaf. Terdapat beberapa kaedah pembangunan yang telah dibincangkan
oleh penyelidik terdahulu terhadap tanah wakaf. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat
kaedah pembangunan hartanah wakaf yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak (MAIPk). Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif. Data diperoleh
daripada temubual melibatkan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan hartanah wakaf.
Temubual direkod dan ditranskrip bagi memudahkan analisis. Dua masalah dalam
pembangunan tanah wakaf iaitu kekurangan dana dan kepakaran dibincangkan. Dua masalah
ini boleh diatasi melalui lima kaedah pembangunan iaitu 1) Bina-Pajak-Kendali-SelenggaraMilik,
2) Bina-Milik, 3) Bina-Selenggara-Kendali-Milik, 4) Bina-Pajak-Selenggara-Milik, dan
5) Usahasama. Kajian mendapati, melalui lima kaedah ini, MAIPk berjaya membangunkan
hartanah wakaf dan meningkatkan pulangan kepada penerima manfaat wakaf
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 130 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|