View Article |
Perpaduan dalam seni lukis kartun: analisis semiotik
Norzaliza Ghazali1, Maizatul Azura Haji Yahya2, Ainal Akmar Haji Ahmad3, Fatinah Zainon4.
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat yang berbilang
bangsa, agama dan budaya serta memiliki ciri-ciri yang unik dan berbeza antara satu sama
lain. Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara memainkan peranan masing-masing
dalam usaha mengekalkan perpaduan. Dalam hal ini, kartunis juga boleh memainkan peranan
penting untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat menerusi
kartun yang dihasilkan ke arah pemupukan perpaduan nasional. Walaupun kartun hanya
paparan gambar yang tidak bergerak, namun ia dapat membentuk satu jalinan cerita melalui
gabungan elemen latar, watak, plot dan peristiwa yang dapat menggambarkan senario
masyarakat di Malaysia. Fungsi kata-kata dalam kartun adalah untuk menjelaskan,
melengkapi, dan memperincikan penyampaian gambar dan teks sehingga membentuk satu
kesatuan cerita atau dikenali sebagai naratif. Naratif berfungsi sebagai alat komunikasi dan
pemahaman tentang dunia pemikiran pengkarya. Naratif memberi tumpuan ke atas cerita yang
disampaikan oleh pencerita untuk mendapat makna daripada pengalaman hidup harian kita.
Manakala semiotik adalah ilmu tentang lambang (sign), fungsi lambang, dan makna daripada
lambang. Lambang adalah sesuatu yang berbeza mengikut persepsi masing-masing. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis terhadap korpus
terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek kepelbagaian kaum dan
kemajmukan budaya yang menjadi latar dan intipati kepada karya kartun di Malaysia. Elemenelemen
kebudayaan dan warisan tradisi dan ceritera masyarakat di Malaysia dilakarkan
dengan sempurna dalam karya kartun yang dikaji.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2017) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|