View Article |
Buku digital interaktif kanak-kanak di Malaysia: platform untuk penerbit mengupayakan pembangunan kandungan kreatif negara
Rosmani Omar1, Siti Ezaleila Mustafa2.
Penerbitan buku digital interaktif kanak-kanak oleh penerbit tempatan sudah
bermula sejak awal tahun 2000-an, terutama dalam bentuk CD-ROM dan secara dalam talian.
Kini, dalam era teknologi digital yang kian berkembang, lebih banyak platform atau format
boleh diterokai dan digunakan oleh penerbit untuk mempelbagaikan produk penerbitan
mereka, termasuk dalam bentuk digital. Tambahan pula, pelbagai polisi atau dasar telah
diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan pembangunan industri kreatif seperti Dasar
Industri Kreatif Negara (DIKN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Walaupun pada masa kini bilangan penerbit yang menerbitkan buku digital atau buku
elektronik sudah bertambah berbanding pada awal pengenalannya, penerbitan buku digital
interaktif kanak-kanak dalam kalangan penerbit di Malaysia masih rendah. Oleh itu, artikel
ini bertujuan untuk meneliti status penerbitan buku digital interaktif kanak-kanak di Malaysia
melalui jumlah penerbitan dan jumlah penerbit yang terlibat dalam penerbitannya. Kajian ini
juga bertujuan untuk menganalisis format buku digital interaktif kanak-kanak yang digunakan
oleh penerbit di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis maklumat
menerusi portal eSentral, laman web Google Play, laman web penerbit dan laman web
perpustakaan. Beberapa judul buku digital interaktif kanak-kanak turut dianalisis dari sudut
kandungannya bagi meneliti kandungan multimedia dan unsur interaktiviti yang digunakan.
Hasil kajian ini mendapati penerbit di Malaysia berupaya menampilkan daya kreativiti untuk
menerbitkan buku digital interaktif kanak-kanak berdasarkan kepelbagaian penggunaan
kandungan multimedia dan unsur interaktiviti yang dimuatkan dalam buku digital interaktif
yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, jumlah penerbitan buku digital interaktif yang
dibangunkan oleh penerbit tempatan begitu sedikit jumlahnya dan keadaan ini
memperlihatkan bahawa penerbit tempatan masih belum bersedia untuk menjadikan platform
buku digital interaktif sebagai usaha untuk mengupayakan pembangunan kandungan kreatif
negara.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 156 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|