Tunjuk ajar Melayu sebagai pandangan dunia
Yuhastina Sinaro1, Che Ibrahim Salleh2.
Makalah ini membicarakan tunjuk ajar sebagai pandangan dunia (world view) bagi orang Melayu yang menjadi sumber pedoman hidup manusia, khususnya dalam pantun. Analisis kontekstual digunakan untuk memahami makna teks tunjuk ajar Melayu dengan metode yang menghubungkan teks dengan tiga hubungan penting dalam logika berfikir dan bertindak dalam alam Melayu. Tiga hubungan tersebut ialah hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan alam, dan manusia dengan Allah selaku pencipta alam semesta. Konsep sosiobudaya tersebut merupakan nilai sosial keagamaan bagi orang Melayu tentang dunianya yang menunjukkan bahawa hubungan tersebut saling memberikan impak dan menjadi prinsip untuk mengasihi antara satu sama lain.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 159 time(s))