Tahap motivasi dan pencapaian akademik Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak
Zamri Mahamod1, Sharlina Mohamad Shamsuddin2.
Motivasi ialah elemen penting dalam membangkitkan dorongan dalaman seseorang terhadap sesuatu perkara. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan pencapaian akademik bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar di daerah Meradong, Bintangor. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang memanipulasikan sampel seramai 306 orang pelajar sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Tinjauan dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan dalam menganalisis data dengan perisian SPSS versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajraan bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi. Tahap motivasi murid perempuan lebih tinggi daripada tahap motivasi murid lelaki. Ujian kolerasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap motivasi terhadap bahasa Melayu dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, aspek motivasi perlu diberikan penekanan untuk memastikan bahawa pencapaian seseorang pelajar itu dapat ditingkatkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat melahirkan modal insan yang mempunyai keterampilan dan kecekapan berbahasa yang tinggi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 194 time(s))