View Article |
Effects of gelam honey on oxidative stress in lung cancer cells
Goon, Ja1, Gunasekaran, G2, Muhamad Fitri C.A3, Chandrashegkar, S4, Hajar Amalnina A.B5, Raishan, S6, Nurul Faiznani, Z7, Ismail, N.A.S8, Mohd Yusof, Y9.
Madu gelam telah didapati mempunyai kesan anti-oksidatif, anti-kanser dan antiinflamasi
terhadap banyak jenis kanser. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan
kesan madu gelam terhadap aras tekanan oksidatif sel kanser peparu manusia.
IC50 madu gelam ditentukan dengan merawat sel A549 dengan dos madu yang
berbeza (50-200 mg/ml). Sel dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diaruh tekanan
oksidatif dengan menggunakan hidrogen peroksida (H2
O2
) mengikut kumpulan
tertentu: kawalan, H2
O2
, madu gelam, H2
O2
+ madu gelam. Selepas 24 jam
rawatan, biopetanda tekanan oksidatif seperti malondialdehid (MDA) dan protein
karbonil ditentukan. Aruhan tekanan oksidatif meningkatkan aras MDA (p<0.05)
tetapi tidak memberi kesan kepada protein karbonil. Rawatan madu gelam didapati
menurunkan aras MDA (p<0.05) dalam sel A549 yang diaruh dengan H2
O2
tetapi
tidak memberi kesan kepada protein karbonil. Rawatan madu gelam sahaja tidak
mempunyai kesan terhadap aras MDA dan protein karbonil. Kesimpulannya,
madu gelam menurunkan peroksidasi lipid tetapi bukan oksidasi protein dalam sel
peparu manusia teraruh tekanan oksidatif.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2018) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences ) 15/17,Q4(Medical & Health Sciences )
|
Indexed by |
MyCITE, Western Pacific Region Index Medicus (WPRIM), Chemical Abstract Service (CAS) and Directory of Open Access Journals (DOAJ) |
Impact Factor
|
0 |
Rank |
0 |
|
|
|