Keupayaan pengurusan intelektualisme kanak-kanak dalam kekuasaan animasi Upin dan Ipin
Norsaliza Mohd Shuhaini1, Mohd Rosli Saludin2, Azhar Hj.Wahid3.
Kemajuan pembangunan teknologi dan perisian yang memberangsangkan dalam evolusi animasi tempatan menular seiring dengan proses perkembangan intelektualisme kanak-kanak. Kekaguman dan ketinggian intelektualisme yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanannya dalam keupayaannya mengendalikan intelek kanak-kanak melalui pengalaman yang berbeza kualitinya berbanding kanak-kanak terdahulu. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis pengurusan intelektualisme kanak-kanak melalui penampilan lucu watak animasi kartun tempatan, iaitu Upin dan Ipin (UI) berdasarkan kekuasaannya terhadap kanak-kanak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Teori Hegemoni berlandaskan Prinsip Kepimpinan yang diutarakan dalam Pendekatan Pengurusan untuk diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian yang dijalankan. Pemaparan UI yang digarap berlatarbelakangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia memperlihatkan keupayaan pengurusan intelektualisme kanak-kanak melalui saluran hiburan animasi kartun. UI dilihat mempamerkan keupayaan memimpin kanak-kanak melalui keintelektualan watak di dalamnya berdasarkan penguasaan tanpa sengaja dan tiada paksaan. Hasil daripada kajian ini menjelaskan beberapa penemuan dapatan telah diperolehi. Kejayaan dalam pemerolehan dapatan sudah cukup untuk membuktikan eleman keintelektualan yang ditampilkan oleh watak dalam animasi ini amat signifikan untuk memperjelaskan keupayaan pengurusan intelektualisme. Kekuasaan UI ini dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 161 time(s))