View Article |
Hubungan pengkomunikasian budaya organisasi dengan prestasi kerja kakitangan pelaksana sektor awam
Wan Idros Wan Sulaiman1, Nur Farhah Othman2, Maizatul Haizan Mahbob3.
Tuntutan era globalisasi serta perkembangan teknologi dan komunikasi yang semakin canggih pada hari ini ternyata telah mewujudkan perubahan yang membawa organisasi kepada satu peringkat cabaran dalam mengekal dan meningkatkan lagi prestasi organisasi. Pendekatan budaya organisasi yang menjurus kepada pengekalan dan peningkatan prestasi organisasi melalui nilai-nilai yang menjadi pegangan ahli-ahli organisasi perlu diamalkan bagi meningkatkan pembangunan organisasi. Budaya organisasi merupakan elemen yang penting bagi memastikan organisasi terus mencapai matlamat, objektif serta visi dan misinya terutamanya dalam sektor awam. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan kumpulan pelaksana sektor awam di Putrajaya. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dari aspek nilai, falsafah organisasi dan perbezaan budaya dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan pelaksana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 200 orang responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan pelaksana di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Teori yang telah digunapakai dalam kajian ini ialah Teori Budaya Organisasi oleh Pacanowsky dan Trujillo (1983). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek budaya organisasi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan prestasi kerja. Melalui analisis Regresi pula, hasil kajian membuktikan bahawa ketiga-tiga aspek budaya organisasi ini menyumbang sebanyak 67 peratus kepada prestasi kerja. Secara keseluruhannya, aspek perbezaan budaya merupakan penyumbang utama yang mempengaruhi prestasi kerja berbanding aspek nilai dan falsafah organisasi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 216 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2019) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|