Nilai pendidikan talaala dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun
Rosliah Kiting1, Rosy Talin2, Saidatul Nornis Mahali3.
Talaala merupakan puisi Kadazandusun yang kebanyakannya masih dalam bentuk tradisi lisan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk menganalisis nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam puisi ini dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul data melalui temubual. Teori Fungsi Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leech digunakan untuk melihat nilai pendidikan dalam talaala. Analisis data mendapati talaala mempunyai nilai-nilai pendidikan untuk membentuk generasi yang mementingkan keluarga, bijak menangani perasaan dan berhati-hati dalam menghadapi pelbagai jenis pengaruh. Nilai-nilai pendidikan ini memberikan impak kepada pembentukan generasi yang berdiplomasi, bertoleransi, menghormati, sopan santun, rasional dan bijaksana. Nilai-nilai ini penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang kaya dengan pemikiran dan pancaran budi serta seimbang dari segi jasmani dan rohaniah.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 172 time(s))