Aplikasi model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak
Juppri Bacotang1, Zainiah Mohamed Isa2, Mazlina Che Mustafa3, Mahzan Arshad4, Ainon Omar5.
Artikel ini menjelaskan aplikasi model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul LitA) untuk awal kanak-kanak. Modul Lit-A dibangunkan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kemahiran literasi awal seperti bahasa dan komunikasi; konsep cetakan dan cetakan persekitaran; fonemik dan fonetik; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal. Kajian ini berbentuk penyelidikan campuran (kualitatif dan kuantitatif) yang diaplikasikan dalam reka bentuk pengajaran model ADDIE, iaitu (i) Analisis (Analysis); (ii) Reka Bentuk (Design); (iii) Pembangunan (Development); (iv) Pelaksanaan (Implementation); dan (v) Penilaian (Evaluation). Sampel kajian terdiri daripada 4 orang penilai luar, 3 orang pendidik, dan 30 orang kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun. Dapatan menunjukkan Modul Lit-A mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak, dan berkesan meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanakkanak. Justeru, Modul Lit-A dapat digunakan oleh ibu bapa atau pendidik untuk meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak, dan seterusnya menyokong kurikulum pendidikan awal kanakkanak yang sedia ada di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 438 time(s))