Pembinaan karektor unggul murid menerusi aktiviti kokurikulum
Rosnidar Mansor1, Aslina Ahmad2, Nik Azmah Nik Yusuff3.
Pelbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular dan merebak dalam masyarakat khasnya dalam kalangan remaja dan murid sekolah. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah bukanlah satu isu baru dan sering mendapat perhatian oleh semua pihak. Penglibatan murid sekolah dalam pelbagai masalah disiplin ini pastinya memberi kesan negatif bukan sahaja kepada prestasi akademik murid tersebut tetapi turut menjadi halangan kepada hasrat kerajaan untuk membentuk modal insan yang mempunyai karektor unggul. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana karektor unggul murid dapat dibina menerusi aktiviti kokurikulum di tiga jenis sekolah yang berbeza. Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada guru dan murid sekolah rendah dan menengah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan temu bual separa berstruktur sebagai instrument utama yang digunakan. Dapatan kajian menunjuk bahawa murid yang berkarektor unggul itu merujuk kepada murid yang mempunyai ciri-ciri seimbang (akademik dan non-akademik), sahsiah dan sikap, keterampilan dan kemahiran insaniah. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa guru dan murid tahu bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membina murid yang berkarektor unggul. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan guru sahaja yang menggunakan aktiviti kokurikulum dalam menyelesaikan masalah disiplin murid. Oleh itu, berdasarkan pendekatan yang digunakan sekolah, pengkaji telah berjaya menghasilkan model pembinaan karektor unggul murid menerusi aktiviti kokurikulum.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 220 time(s))